Thursday, June 5, 2014

10 Gambar Projek Bahan Buangan (Individu-Kotak Serbaguna)

Assalamualaikum, entri kali ni saya ingin meluangkan sedikit masa untuk mempamerkan projek individu saya ini. ^_^
Bahan-bahannya ialah…….jeng, jeng, jeng.

1)      Surat khabar
2)      Gunting
3)      Gam kertas
4)      Stepler
5)      Bunga telur
6)      Kotak
7)      Majalah


DAN, inilah hasilnya.












Wednesday, June 4, 2014

10 Gambar Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan

1) Gelang Amaran Radiasi untuk Ibu Hamil
Penghasilan gelang penjagaan oleh Wang Chang,  Bio Xio dan Yangyan Cheng yang berfungsi sebagai alat amaran radiasi ini telah dicipta khas untuk ibu yang mengandung. Apabila si pemakai memakai gelang ini di kawasan yang rendah kadar radiasinya, ianya akan menjadi warna hijau. Tetapi jika pemakai gelang ini berada di kawasan yang tinggi voltan radiasi, gelang ini akan bertgetar dan menjadi warna merah jambu.

2) Cocoon emergency Shelter
Kepompong yang direka oleh John Moriaty, adalah tempat tinggal kecil yang boleh digantung daripada mana-mana tempat yang kukuh seperti pokok yang besar. Penghuni yang tinggal di dalam kepompong ini akan merasa selesa dan sesuai digunakan ketika kecemasan dan menunggu bantuan tiba. Kepompong ini dapat mengekalkan haba badan pengguna kerana pembuatannya adalah dari penggunaan bahan fabrik yang sesuai.

3) TANITA Body Fat Scales

Dengan TANITA body fat scales, anda boleh mengukur berat badan, mengetahui air dan peratusan lemak badan. Ia bertujuan  untuk memberi gambaran yang jelas berkaitan dengan kesihatan  secara keseluruhan dan kecergasan diri. Hanya memasukkan butiran data peribadi pada skala TANITA dalam beberapa saat keputusan yang tepat berkaitan berat badan, air dan peratus lemak badan akan di ketahui. Skala TANITA juga boleh menyimpan data peribadi sehinga empat orang. Ia juga membolehkan anda untuk membandingkan keputusan anda dengan pembacaan anda sebelumnya.

4) Snorepin





Snorepin ialah sejenis alat yang di cipta untuk seseorang yang mengalami  Apnea. Snorpin membantu untuk membuka saluran pernafasan atau memulihkan masalah berdengkur pada waktu malam malah mampu melindungi paru-paru daripada jangkitan kuman.  Alat tersebut hanya perlu di masukkan  ke dalam lubang hidung di mana ia membantu membuka ruang hidung  pesakit. Pin ialah dibentuk untuk keselesaan dan juga mempunyai belahan di mana membenarkan bulu hidung anda untuk melakukan  kerja dengan menapis udara anda bernafas ke dalam paru-paru anda. Reka bentuk baru seperti yang tersebut di atas  bentuk  kon  membenarkan keselesaan yang maksimum.

5) Babyglow Clothing

Bagi bayi anda, “Babyglow clothing” hanya sekadar baju biasa. Namun, bagi ibu bapa baju ini berperanan untuk mengenalpasti perubahan suhu badan kanak-kanak yang melebihi tahap normal iaitu lebih daripada 37°C.  Peningkatan suhu badan kanak-kanak menimbulkan kerisauan kepada ibu-bapa. Pakaian tersebut akan bertukar kepada warna putih apabila suhu badan kanak-kanak melebihi paras normal. 

6) Needle Free Injectors


Needle Free Injector merupakan alat yang mesra pengguna. Ia direka khas untuk member lebih keselesaan kepada para pesakit atau pengguna yang kerapkali menggunakan jarum untuk tujuan perubatan. Semasa penciptaan alat ini, tumpuan khas telah diberikan bukan sahaja dari segi keselamatan dan kecekapan, tetapi juga memikirkan keselesaan penggunanya dimana alat ini dapat mengurangkan rasa takut atau fobia seseorang terhadap jarum suntikan. Kajian telah dilakukan dan terbukti ianya mudah dan seamat digunakan samada untuk pesakit dan pengmal perubatan. 

7) Mesin PreVue Ultrasound

Dicipta oleh Melody Yi-Yun Shiue, untuk melihat perkembangan bayi semasa 9 bulan dalam kandungan.  Ia adalah satu alat elektronik berpangkalan peranti yang menggunakan teknologi paparan stretchable moden untuk melihat kawasan-kawasan abdomen terutamanya di dalam rahim ibu. Lazimnya ibubapa hanya berpeluang melihat anak mereka dua kali di imbas sebelum dilahirkan. Bagaimanapun dengan alat perubatan ini ibubapa boleh melihat bayi bergerak, tidur, mneguap atau senyum pada bila-ila masa sahaja. Ia juga menggalakkan hubungan ibu dan anak semakin rapat. Alat ini juga digunakan intuk melihat bagaimana reflex bayi dan menjawab rangsangan luaran seperti suara dan muzik.

 8) J-Yoga
J-Yoga merupakan alat inovasi terbaru dari korea yang dapat membantu melatih gerakan YOGA yang sangat dominan untuk kesihatan dan kesegaran tubuh dengan bentuk yang sangat elegan untuk relaksasi dan pembentukan. Alat ini berfungsi untuk memperbaiki punggung bagian belakang, otot perut, posisi keseimbangan tubuh agar lebih tegap / mantap dan dapat membantu meninggikan badan. Alat ini sesuai digunakan oleh berbagai usia baik muda mahupun tua. Alat ini sangat digemari oleh para pemakainya / penggunanya.

9) Telefon Bimbit ECG
CETUSAN idea pakar kardiologi antarabangsa, Prof. Michael C.L. Lim dalam menghasilkan alat pemantau Elektrokardiogram (ECG) yang diintegrasi ke dalam telefon bimbit secara tidak langsung membuka lembaran baharu dalam sejarah perubatan penyakit jantung. Ini kerana gajet yang dikenali sebagai EPI Life itu membolehkan sesiapa sahaja memeriksa dan merekod tahap ECG masing-masing ketika merasai simptom berkaitan masalah kardiologi.Memberi kelebihan dalam pengesanan awal penyakit jantung. Alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket itu dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau berisiko mengalaminya melalui pengesanan awal.

10)  uBOT5-Robot Jururawat

Robot uBOT5 ini telah direka oleh seorang saintis yang berasal daripada Universiti Massachusetts, Amherst. Robot ini diprogramkan bagi situasi dimana jika tiba-tiba seseorang itu berada dalam masalah dan kecemasan. Ia boleh menggunakan stetoskop dan tahu mendail 911. Terdapat pengesan(sensor) jika terjadi sebarang kecemasan. Robot ini juga di-setkan supaya tahu mendial doktor menggunakan webcam, mikrofon dan skrin LCD daya sentuh untuk memberikan maklumat tentang pesakit. Selain itu, robot ini juga bijak dalam membantu kerja-kerja rumah seperti membawa barangan dalam plastic dan barang-barang dapur.  







Sunday, May 25, 2014

10 Video Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan


1) Orthotics and Prosthetics - Medicine, Biomechanics, and Design


2) Sterile Processing


3) I Am a Medical Laboratory Scientist



4) Wearable Intelligence in Healthcare





5) Health Gadget



6) Hospital Furniture, Hospital Furniture Manufacturer, Hospital Furniture Suppliers

7) Orthopedic Bed



8) Man Controls Robotic Hand with Mind


9) Always On - Future trends in Personalized Health



10) RIBA Robotic Bear Nurse






Isu: Cabaran Menjadi Jururawat Muslimah

      Jururawat muslimah? Apakah yang dimaksudkan dengan jururawat muslimah? Adakah seorang muslimah sesuai menjadi seorang jururawat? Semua wanita beragama Islam yang bertugas sebagai seorang jururawat layak digelar jururawat muslimah. Hal ini sering menjadi persoalan bagi seorang bakal graduan seperti saya dan sahabat yang lainnya. Namun, tidak disangkal sememangnya cabaran menjadi jururawat muslimah itu wujud.

      Dasawarsa ini, begitu ramai wanita beragama Islam yang bekerjaya sebagai seorang jururawat mampu melaksanakan tugasnya seiring dengan tuntutan agama walau pada mulanya sukar malah ada sesetengahnya hampir berputus asa dengan profesion jururawat ini. Eh, bukan dengan profesion jururawat tetapi dengan peraturan yang ditetapkan dalam kerjaya jururawat ini. Mungkin.

    Paling utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ialah niat. Betulkan niat dan ikhlaskanlah hati kita setiap hari sebelum memulakan tugas harian tak kisahlah pekerjaan apa sekalipun kita ini. Sematkan dalam hati dan jiwa kita bahawa setiap yang dilakukan adalah kerana ALLAH dan galakan orang disekeliling kita terutamanya kedua-dua ibu bapa kita sebagai asbabnya.

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka ALLAH akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan pada orang yang dalam kesulitan, maka ALLAH akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat."Hadis riwayat Mustaim,Abu Dawud dan Tarmidzi.

           Pada pendapat saya, salah satu cabaran yang paling hebat bagi seorang jururawat muslimah dalam bidang kejururawatan di Malaysia ialah dalam hal beruniform. Seperti yang kita sedia maklum, sebut sahaja tentang perihal uniform jururawat, ramai pihak yang mengkritik bahawa uniformnya mengikut bentuk badan malah berlengan pendek sehingga atas siku. 

       Menurut pengurusan kejururawatan, berlengan panjang akan menghalang seseorang itu daripada mencuci tangan dengan sempurna malah akan membawa jangkitan pulang ke rumah. Tidak logik! Mungkin itu yang terlintas dalam fikiran kita, namun saya tidak menyalahkan pihak pengurusan. Hal ini kerana mereka mungkin tidak faham akan tuntutan menutup aurat dalam Islam dan tiada pihak yang cuba untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara itu. Oleh itu, wajar sekiranya mereka bertindak sedemikian. Tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa perlunya memasukkan tudung kedalam baju? Tudung yang tidak dimasukkan ke dalam uniform akan memberikan sedikit kesulitan ketika menjalankan tugas jika tudung itu asyik terbang-terbang ke sana ke sini dan terhuyung-hayang ketika melakukan prosedur seperti mencuci luka (“dressing”). Namun, sesetengah hospital tidak menghalang jururawatnya daripada berlengan panjang malah menggalakkan supaya melonggarkan uniform jururawat. Contohnya, Hospital Islam Az-Zahra (HIAZ) Bangi.


        Selain itu, cabaran yang juga dianggap hebat bagi seorang jururawat muslimah untuk menguruskan adalah dalam hal masa. Masa di sini adalah masa solat. Dalam profesion jururawat di Malaysia, kita semua sedia maklum bahawa jururawat mempunyai tiga putaran waktu kerja atau sistem shif setiap hari mengikut jadual masing-masing. Setiap jururawat perlu bertugas mengikut masa (shift). Shif pagi (7 pagi-2 petang), petang (2 petang-9 malam) dan malam (9 malam-7 pagi).  Kebiasaannya, jika shif pagi kita jarang mempunyai masalah untuk solat subuh kerana secara automatiknya kita dapat melaksanakan solat subuh pada awal waktu. Namun, sedikit kesukaran untuk menjaga waktu Zohor dan solat sunat dhuha. Fokus utama adalah perlunya MUJAHADAH seorang jururawat untuk menjaga waktu solatnya. Namun yang sering menjadi masalah ialah ketika shif petang. Terdapat dua waktu solat di antara shif petang iaitu asar (lebih kurang pada jam 4.30 petang) dan maghrib (lebih kurang pada jam 7.30 petang).  dan yang terakhir sekali apabila bekerja pada waktu malam, susahnya untuk menjaga solat isyak dan tahajud di sepertiga malam.

      Selain itu, keadaan ward yang terlalu sibuk juga menyebabkan jururawat tidak berpeluang untuk mengerjakan solat. Ada masanya, jururawat terlalu leka memberikan khidmatnya kepada para pesakit sehingga terlewat melaksanakan tugas kita sebagai hamba ALLAH. Kadang kala, kita lebih risau dan bimbang akan hal-hal yang terjadi di sekitar wad sehingga terlupa bahawa kita perlu meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada ALLAH Yang Maha Besar. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika tiba waktu solat, setiap jururawat perlu mengambil giliran untuk melaksanakan solat. 

      Sesibuk mana pun kita, sesungguhnya Nabi Sulaiman A.s adalah manusia yang paling sibuk. Dia mentadbir alam ini secara keseluruhannya. Jin, angin dan haiwan juga tunduk kepada kekuasaanya. Tetapi Nabi Sulaiman A.s masih punya masa untuk menyembah ALLAH SWT, apatah lagi berbanding dengan kesibukan kita yang hanya sedikit ini. 

       Tambahan itu, seorang jururawat memerlukan kesabaran yang tinggi ketika berhadapan dengan perangai pesakit yang pelbagai ragam. Ada ketika seorang jururawat itu tersenyum manis namun dalam dirinya menghadapi masalah yang terselindung disebalik senyumannya.


Bila diuji, bersabarlah.. Senyumlah..sesungguhnya hidup ini penuh dengan kejutan.


Janganlah berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.



Begitupun, kita sebagai jururawat haruslah bersabar kerana semua ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi apabila kita memilih profesion ini.