Penghasilan gelang penjagaan
oleh Wang Chang, Bio Xio dan Yangyan Cheng yang berfungsi sebagai alat
amaran radiasi ini telah dicipta khas untuk ibu yang mengandung. Apabila si
pemakai memakai gelang ini di kawasan yang rendah kadar radiasinya, ianya akan
menjadi warna hijau. Tetapi jika pemakai gelang ini berada di kawasan yang
tinggi voltan radiasi, gelang ini akan bertgetar dan menjadi warna merah jambu.
2) Cocoon emergency
Shelter
Kepompong yang direka oleh John Moriaty, adalah tempat
tinggal kecil yang boleh digantung daripada mana-mana tempat yang kukuh seperti
pokok yang besar. Penghuni yang tinggal di dalam kepompong ini akan merasa
selesa dan sesuai digunakan ketika kecemasan dan menunggu bantuan tiba.
Kepompong ini dapat mengekalkan haba badan pengguna kerana pembuatannya adalah
dari penggunaan bahan fabrik yang sesuai.
3) TANITA
Body Fat Scales
Dengan TANITA body fat scales, anda boleh mengukur berat badan,
mengetahui air dan peratusan lemak badan. Ia bertujuan untuk memberi
gambaran yang jelas berkaitan dengan kesihatan secara keseluruhan dan
kecergasan diri. Hanya memasukkan butiran data peribadi pada skala TANITA dalam
beberapa saat keputusan yang tepat berkaitan berat badan, air dan peratus lemak
badan akan di ketahui. Skala TANITA juga boleh menyimpan data peribadi sehinga
empat orang. Ia juga membolehkan anda untuk membandingkan keputusan anda dengan
pembacaan anda sebelumnya.
Snorepin ialah sejenis alat yang di cipta
untuk seseorang yang mengalami Apnea. Snorpin membantu untuk membuka
saluran pernafasan atau memulihkan masalah berdengkur pada waktu malam malah
mampu melindungi paru-paru daripada jangkitan kuman. Alat tersebut hanya
perlu di masukkan ke dalam lubang hidung di mana ia membantu membuka
ruang hidung pesakit. Pin ialah dibentuk untuk keselesaan dan
juga mempunyai belahan di mana membenarkan bulu hidung anda untuk
melakukan kerja dengan menapis udara anda bernafas ke
dalam paru-paru anda. Reka bentuk baru seperti yang
tersebut di atas bentuk kon membenarkan keselesaan
yang maksimum.
5) Babyglow Clothing
Bagi bayi anda, “Babyglow clothing”
hanya sekadar baju biasa. Namun, bagi ibu bapa baju ini berperanan untuk
mengenalpasti perubahan suhu badan kanak-kanak yang melebihi tahap normal iaitu
lebih daripada 37°C. Peningkatan
suhu badan kanak-kanak menimbulkan kerisauan kepada ibu-bapa. Pakaian tersebut
akan bertukar kepada warna putih apabila suhu badan kanak-kanak melebihi paras
normal.
6) Needle
Free Injectors
Needle Free Injector merupakan alat yang mesra pengguna.
Ia direka khas untuk member lebih keselesaan kepada para pesakit atau pengguna
yang kerapkali menggunakan jarum untuk tujuan perubatan. Semasa penciptaan alat
ini, tumpuan khas telah diberikan bukan sahaja dari segi keselamatan dan
kecekapan, tetapi juga memikirkan keselesaan penggunanya dimana alat ini dapat
mengurangkan rasa takut atau fobia seseorang terhadap jarum suntikan. Kajian
telah dilakukan dan terbukti ianya mudah dan seamat digunakan samada untuk
pesakit dan pengmal perubatan.
7) Mesin PreVue Ultrasound
Dicipta oleh Melody Yi-Yun Shiue, untuk melihat perkembangan
bayi semasa 9 bulan dalam kandungan. Ia adalah satu alat elektronik
berpangkalan peranti yang menggunakan teknologi paparan stretchable moden untuk
melihat kawasan-kawasan abdomen terutamanya di dalam rahim ibu. Lazimnya
ibubapa hanya berpeluang melihat anak mereka dua kali di imbas sebelum
dilahirkan. Bagaimanapun dengan alat perubatan ini ibubapa boleh melihat bayi
bergerak, tidur, mneguap atau senyum pada bila-ila masa sahaja. Ia juga
menggalakkan hubungan ibu dan anak semakin rapat. Alat ini juga digunakan intuk
melihat bagaimana reflex bayi dan menjawab rangsangan luaran seperti suara dan
muzik.
J-Yoga merupakan alat inovasi terbaru dari korea yang dapat membantu
melatih gerakan YOGA yang sangat dominan untuk kesihatan dan kesegaran tubuh
dengan bentuk yang sangat elegan untuk relaksasi dan pembentukan. Alat ini
berfungsi untuk memperbaiki punggung bagian belakang, otot perut, posisi
keseimbangan tubuh agar lebih tegap / mantap dan dapat membantu meninggikan
badan. Alat ini sesuai digunakan oleh berbagai usia baik muda mahupun tua. Alat
ini sangat digemari oleh para pemakainya / penggunanya.
9) Telefon
Bimbit ECG
CETUSAN idea pakar kardiologi antarabangsa, Prof. Michael
C.L. Lim dalam menghasilkan alat pemantau Elektrokardiogram (ECG) yang
diintegrasi ke dalam telefon bimbit secara tidak langsung membuka lembaran
baharu dalam sejarah perubatan penyakit jantung. Ini kerana gajet yang dikenali
sebagai EPI Life itu membolehkan sesiapa sahaja memeriksa dan merekod tahap ECG
masing-masing ketika merasai simptom berkaitan masalah kardiologi.Memberi
kelebihan dalam pengesanan awal penyakit jantung. Alat yang boleh dimuatkan ke
dalam poket itu dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang mempunyai
sejarah penyakit jantung atau berisiko mengalaminya melalui pengesanan awal.
10) uBOT5-Robot Jururawat
Robot uBOT5 ini telah direka oleh seorang saintis yang
berasal daripada Universiti Massachusetts,
Amherst. Robot ini diprogramkan bagi situasi dimana jika tiba-tiba seseorang
itu berada dalam masalah dan kecemasan. Ia boleh menggunakan stetoskop dan tahu
mendail 911. Terdapat pengesan(sensor) jika terjadi sebarang kecemasan. Robot
ini juga di-setkan supaya tahu mendial doktor menggunakan webcam, mikrofon dan
skrin LCD daya sentuh untuk memberikan maklumat tentang pesakit. Selain itu,
robot ini juga bijak dalam membantu kerja-kerja rumah seperti membawa barangan
dalam plastic dan barang-barang dapur.
No comments:
Post a Comment