Jururawat muslimah? Apakah yang dimaksudkan dengan jururawat
muslimah? Adakah seorang muslimah sesuai menjadi seorang jururawat? Semua wanita
beragama Islam yang bertugas sebagai seorang jururawat layak digelar jururawat
muslimah. Hal ini sering menjadi persoalan bagi seorang bakal graduan seperti
saya dan sahabat yang lainnya. Namun, tidak disangkal sememangnya cabaran
menjadi jururawat muslimah itu wujud.
Dasawarsa ini, begitu ramai wanita beragama Islam yang bekerjaya sebagai seorang jururawat mampu melaksanakan tugasnya seiring dengan tuntutan agama walau pada mulanya sukar malah ada sesetengahnya hampir berputus asa dengan profesion jururawat ini. Eh, bukan dengan profesion jururawat tetapi dengan peraturan yang ditetapkan dalam kerjaya jururawat ini. Mungkin.
Paling utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ialah niat. Betulkan niat dan ikhlaskanlah hati kita setiap hari sebelum memulakan tugas harian tak kisahlah pekerjaan apa sekalipun kita ini. Sematkan dalam hati dan jiwa kita bahawa setiap yang dilakukan adalah kerana ALLAH dan galakan orang disekeliling kita terutamanya kedua-dua ibu bapa kita sebagai asbabnya.
"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka ALLAH akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan pada orang yang dalam kesulitan, maka ALLAH akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat."Hadis riwayat Mustaim,Abu Dawud dan Tarmidzi.
Pada pendapat saya, salah satu cabaran yang paling hebat bagi seorang jururawat muslimah dalam bidang kejururawatan di Malaysia ialah dalam hal beruniform. Seperti yang kita sedia maklum, sebut sahaja tentang perihal uniform jururawat, ramai pihak yang mengkritik bahawa uniformnya mengikut bentuk badan malah berlengan pendek sehingga atas siku.
Menurut pengurusan kejururawatan, berlengan panjang akan menghalang seseorang itu daripada mencuci tangan dengan sempurna malah akan membawa jangkitan pulang ke rumah. Tidak logik! Mungkin itu yang terlintas dalam fikiran kita, namun saya tidak menyalahkan pihak pengurusan. Hal ini kerana mereka mungkin tidak faham akan tuntutan menutup aurat dalam Islam dan tiada pihak yang cuba untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara itu. Oleh itu, wajar sekiranya mereka bertindak sedemikian. Tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa perlunya memasukkan tudung kedalam baju? Tudung yang tidak dimasukkan ke dalam uniform akan memberikan sedikit kesulitan ketika menjalankan tugas jika tudung itu asyik terbang-terbang ke sana ke sini dan terhuyung-hayang ketika melakukan prosedur seperti mencuci luka (“dressing”). Namun, sesetengah hospital tidak menghalang jururawatnya daripada berlengan panjang malah menggalakkan supaya melonggarkan uniform jururawat. Contohnya, Hospital Islam Az-Zahra (HIAZ) Bangi.
Selain itu, cabaran yang juga dianggap hebat bagi seorang
jururawat muslimah untuk menguruskan adalah dalam hal masa. Masa di sini adalah
masa solat. Dalam profesion jururawat di Malaysia, kita semua sedia maklum
bahawa jururawat mempunyai tiga
putaran waktu kerja atau sistem shif setiap hari mengikut jadual masing-masing.
Setiap jururawat perlu bertugas mengikut masa (shift). Shif pagi (7 pagi-2
petang), petang (2 petang-9 malam) dan malam (9 malam-7 pagi). Kebiasaannya, jika shif pagi kita jarang
mempunyai masalah untuk solat subuh kerana secara automatiknya kita dapat
melaksanakan solat subuh pada awal waktu. Namun, sedikit kesukaran untuk menjaga waktu Zohor dan solat sunat dhuha.
Fokus utama adalah perlunya MUJAHADAH seorang jururawat untuk menjaga waktu
solatnya. Namun yang sering menjadi masalah ialah ketika shif petang. Terdapat
dua waktu solat di antara shif petang iaitu asar (lebih kurang pada jam 4.30
petang) dan maghrib (lebih kurang pada jam 7.30 petang). dan
yang terakhir sekali apabila bekerja pada waktu malam, susahnya untuk menjaga
solat isyak dan tahajud di sepertiga malam.
Selain itu, keadaan ward yang terlalu sibuk juga menyebabkan jururawat tidak berpeluang untuk mengerjakan solat. Ada masanya, jururawat terlalu leka memberikan khidmatnya kepada para pesakit sehingga terlewat melaksanakan tugas kita sebagai hamba ALLAH. Kadang kala, kita lebih risau dan bimbang akan hal-hal yang terjadi di sekitar wad sehingga terlupa bahawa kita perlu meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada ALLAH Yang Maha Besar. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika tiba waktu solat, setiap jururawat perlu mengambil giliran untuk melaksanakan solat.
Sesibuk mana pun kita, sesungguhnya Nabi Sulaiman A.s adalah manusia yang paling sibuk. Dia mentadbir alam ini secara keseluruhannya. Jin, angin dan haiwan juga tunduk kepada kekuasaanya. Tetapi Nabi Sulaiman A.s masih punya masa untuk menyembah ALLAH SWT, apatah lagi berbanding dengan kesibukan kita yang hanya sedikit ini.
Tambahan itu, seorang jururawat memerlukan kesabaran yang tinggi ketika berhadapan dengan perangai pesakit yang pelbagai ragam. Ada ketika seorang jururawat itu tersenyum manis namun dalam dirinya menghadapi masalah yang terselindung disebalik senyumannya.
Bila diuji, bersabarlah.. Senyumlah..sesungguhnya
hidup ini penuh dengan kejutan.
Janganlah berputus asa dan
teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan
yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Begitupun, kita sebagai
jururawat haruslah bersabar kerana semua ini merupakan cabaran yang perlu
dihadapi apabila kita memilih profesion ini.
Tajuk yang mennarik. Masalah yang pasti dihadapi oleh setiap jururawat muslim. Terutamanya masalah masa yang tak cukup untuk siapkan kerja dan masa untuk solat. Ada sesetengah pihak akan mengatakan kita ingin mencuri tulang tapi sebnanrnya hak Allah itu perlu dilangsaikan. Lagi-lagi perkara ini pasti berlaku semasa masih baru tagging dia alam pekerjaan. Semoga jururawat2 semua akan sedar bahawa solat itu lebih penting..
ReplyDeleteHi Fatin,
ReplyDeletesaya sangat setuju bahawa niat amat penting dalam kehidupan manusia. Saya percaya setiap perkara yang kita buat dan cabaran yang kita harungi membawa sesuatu kepada kita. Dan hasil itu samaada baik atau buruk, terpulang kepada cara pemikiran. Saya sering dengar kawan-kawan berkata ' tuhan tidak akan uji kita jika dia tahu kita tidak mampu'. Justeru, kita harus sahut cabaran-cabaran dengan berfikiran positif..^^
Dalam hidup kita memang akan ada banyak cabaran, bukan sahaja dari segi kerjaya, agama malah pelajaran, kawan, keluarga dan lain-lain. Saya rasa kamu pasti boleh mengatasinya jika ada niat yang betul.
"Dont always ask WHY ME, should tell them TRY ME!"
TAN JIA YEE A138200
JURURAWAT...orang lain pandang nampak senang, tetapi yang merasa adalah kami yang berada dalam bidang jururawat. menajdi jururawat tidak semudah seperti yang disangka. banyak cabaran perlu di hadapi tetapi jangan lupa kepada pencipta kita iaitu Allah. Tunaikan segala apa yang menjadi kewajiban kita sebagai seorang hamba. bekerja sebagai jururawat memeng mudah untuk mendapat pahal tetapi jgn lupa mudah juga mendapat dosa. betulkan niat anda. sesunguhnya Allah Maha Mengetahui..sekian...
ReplyDeletenur hafizatul akmal ramli
A138033
Assalamualaikum, mungkin di sini, apa yang boleh kita lakukan, tegaskan kepada semua jururawat bahawa solat itu wajib dan semaikan dalam diri semua jururawat untuk saling memabantu , Contohnya, sekiranya waktu itu adalah waktu solat asar,a maka bergilir-gilirlah untuk melakukan solat, sementara kita sedang melakukan solat, maka jururawat lain haruslah bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas jururawat yang sedang solat . Sekiranya ini boleh diamalkan, InsyaAllah jururawat tidak lagi mengalami masalah tinggal solat.
ReplyDeletecadangan kepada semua bakal jururawat, sekiranya kita yakin bahawa waktu soalat sudah masuk, maka bolehlah memberitahu pesakit untuk membantu mereka untuk menunaikan solat..
Salam FA.. saya setuju dengan pendapat FA. Apa yang sedih yang xmemahami itu adalah rakan sekerja muslim kita sendiri. Seperti contohnya kalau kita hendak solat sekejap, ada antaranya seperti menarik muka untuk kita perhatikan kubikel atau pesakit yang kita jaga walhal kita ingin mengerjakan solat bukan lama pun.. hanya mengambil masa 10-15 minit paling maksimum. Ada juga segelintir jururawat yang sanggup tangguhkan solat seperti kalau syif petang kita tahu waktu maghrib sangatla singkat namun kalau hendak berhenti sekejap melakukan kerja seperti berat tetapi, kalau makan di pantry, boleh pula tangguh kerja dan sembang lama-lama.
ReplyDeleteSeharusnya perkara ini harus ditik beratkan dan kita boleh memebritahu kepada pesakit bahawa kita ingin berhenti kejap dan solat dan kebanyakan pesakit akan memahami.
Nor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650
assalamualaikum k.aten..time management sgt penting...balancekan dan gilir2 dlm melksanakan tggungjawab as hamba..mengingati wardmate tentng kepentingan menjaga solat yakni solat diawal waktu jika tidak ada halangan.. isu baju telah ditekan dalam blog sahabat kita sebelum nie...ye...perlu ada suara daripada pihak kita...if not, benda ni akan sama dan atas angin....ye...dalam hadis 40 juga iaitu hadis pertama menyatakan tentang niat... "diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya..." riwayat al-bukhari. in shaa allah...allah akn permudahkan ana always with us. :)
ReplyDeleteMASINAWATI MOHD ZAINI
A137844
Assalamualaikum kak atin, saya sangat bersetuju dengan ulasan di atas. Sesibuk manapun kita bekerja, kita tidak boleh mengabaikan tugas kepada pencipta kita. Perkara wajib perlu dilaksanakan supaya segala kerja yang dilakukan diberkatiNya. Jururawat perlu bijak mengatur masa mereka ketika bekerja dan kepentingan untuk bersolat itu perlu difahami bukan sahaja oleh jururawat malah kepada pesakit juga. Seorang jururawat muslimah seharusnya mengingatkan setiap pesakit Muslim untuk solat. Solat itu mudah dan jangan disusahkan. Kekangan masa bukanlah alasan untuk mereka tidak solat melainkan mereka sedang berhadapan dengan prosedur yang melibatkan nyawa manusia.
ReplyDeleteMengenai pemakaian jururawat, saya juga turut terkilan apabila ada segelintir jururawat dan juga pensyarah kita sendiri yang mengatakan bahawa berlengan panjang ketika bekerja boleh menyebabkan jangkitan kuman yang akan dibawa pulang ke rumah nanti. Saya turut terfikir, adakah tangan kita ini sudah cukup 'sterile' jika kita pulang ke rumah selepas bekerja? Jika berlengan panjang itu merupakan satu kesalahan, bahagian baju kita yang lain juga terdedah kepada jangkitan. Jadi teori seperti ini memang saya rasakan tidak logik sama sekali. Tuntutan agama perlu diambil berat dan tidak boleh sama sekali dibelakangkan dengan peraturan kerja kerana banyak lagi alternatif lain yang boleh mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan.
NURUL AIN AHMAD A138927
nice one!!
ReplyDeleteSaya sangat suka artikel ini, sederhana tapi padat. Setuju dengan isu pemakaian jururawat. Pakaian mengikut bentuk badan sememangnya sangat tidak wajar. Mengapa? satunya menyusahkan kerja dan menggiurkan. Profession jururawat seringkali dikaitkan dengan gadis yang nakal serta berpendidikan rendah. Dengan mengenakan pakaian seperti ini membuatkan orang ramai akan memandang serong kepada profesion jururawat.
ReplyDeleteSaya setuju tentang isu waktu solat yang dilengahkan, sewaktu management, seringkali saya terlewat waktu solat kerana leka dengan prosedur dan jagarawatan yang perlu diberikan kepada pesakit. Oleh itu, jururawat saya kira perlu mencari masa walaubagaimanapun supaya tidak terleka.
Hospital dan wad umpama ladang untuk kita mencari pahala, sepatutnya kita perlu berbangga menjadi jururawat.
Kamarul Fitri Mohd Isa
A134266
Assalamualaikum.. Saya Mardihah, pelajar Tahun Akhir Nursing UKM. Tajuk yang menarik.. Perkara yang paling utama dalam hidup seorang jururawat adalah pengurusan masa. Ketika di ward, kita perlu pandai mengatur tugas dan melakukan penilaian pesakit dengan tepat supaya kita tidak akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Lakukan procedure dengan cepat tetapi betul. Mengenai solat, apabila pengurusan masa betul, akan sentiasa adaa masa untuk solat. Contohnya shift petang adalah shift yang paling banyak untuk solat. Pass over report pada pukul 2.00 petang. Sebelum pass over report, pastikan anda telah solat dahulu. Kemudian, tanda vital dan ubat serta procedure lain seperti feeding pada pukul 3-5petang.. Jadi waktu antara 5-6petang, lari sekejap untuk solat asar kerana jika ada patient feeding dan pemberian ubat akan start pukul 6pm..Utk solat maghrib, 7.30mlm biasanya sempat utk solat.. Ianya sangat bergantung kepada individu terbabit dan juga keadaan pesakit.. jika perlu, minta bantuan rakan untuk melihat pesakit seketika.. itulah teamwork.. kerana nurses tidak boleh bekerja seorang (:
ReplyDeleteTerima kasih
artikel yang bagus..Tuhan tak kan menguji kita melebihi dari kemampuan kita...setiap profesion ada cabaran...tambahan pula profesion jururawatat..Jururawat merupakan kakitangan kerajaan yang teramai...justeru, masalahnya juga banyak..jadi, terpulang pada individu bagaimana untuk menghadapi dan menyelesaikannya....
ReplyDeleteHi Fatin Amira,
ReplyDeleteBetul. Memang banyak cabaran dalam bidang kejururawatan. Harap cabaran-cabaran ini tidak mengurangkan semangat anda dalam profesion ini.
Jeremy Pong A138238
Artikel yang sangat menarik. pada pendapat saya , jururawat adalah satu kerjaya yang sangat dekat dengan Allah. Terlampau banyak peluang yang Allah susun setiap hari dalam kerjaya sebagai jururawat. Mungkin ramai yang akan mengatakan, cakap senang sebab belum grade, tapi ayuh kita ambil ia sebagai satu cabaran, gunakan masa yang berbaki untuk kita penuhkan diri kita dengan ilmu dan latih diri kita supaya kita bakal jadi jururawat yang diredhai Allah ..
ReplyDeleteATIEFAH A138265