Sunday, May 25, 2014

10 Video Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan


1) Orthotics and Prosthetics - Medicine, Biomechanics, and Design


2) Sterile Processing


3) I Am a Medical Laboratory Scientist



4) Wearable Intelligence in Healthcare





5) Health Gadget



6) Hospital Furniture, Hospital Furniture Manufacturer, Hospital Furniture Suppliers

7) Orthopedic Bed



8) Man Controls Robotic Hand with Mind


9) Always On - Future trends in Personalized Health



10) RIBA Robotic Bear Nurse






Isu: Cabaran Menjadi Jururawat Muslimah

      Jururawat muslimah? Apakah yang dimaksudkan dengan jururawat muslimah? Adakah seorang muslimah sesuai menjadi seorang jururawat? Semua wanita beragama Islam yang bertugas sebagai seorang jururawat layak digelar jururawat muslimah. Hal ini sering menjadi persoalan bagi seorang bakal graduan seperti saya dan sahabat yang lainnya. Namun, tidak disangkal sememangnya cabaran menjadi jururawat muslimah itu wujud.

      Dasawarsa ini, begitu ramai wanita beragama Islam yang bekerjaya sebagai seorang jururawat mampu melaksanakan tugasnya seiring dengan tuntutan agama walau pada mulanya sukar malah ada sesetengahnya hampir berputus asa dengan profesion jururawat ini. Eh, bukan dengan profesion jururawat tetapi dengan peraturan yang ditetapkan dalam kerjaya jururawat ini. Mungkin.

    Paling utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ialah niat. Betulkan niat dan ikhlaskanlah hati kita setiap hari sebelum memulakan tugas harian tak kisahlah pekerjaan apa sekalipun kita ini. Sematkan dalam hati dan jiwa kita bahawa setiap yang dilakukan adalah kerana ALLAH dan galakan orang disekeliling kita terutamanya kedua-dua ibu bapa kita sebagai asbabnya.

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka ALLAH akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan pada orang yang dalam kesulitan, maka ALLAH akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat."Hadis riwayat Mustaim,Abu Dawud dan Tarmidzi.

           Pada pendapat saya, salah satu cabaran yang paling hebat bagi seorang jururawat muslimah dalam bidang kejururawatan di Malaysia ialah dalam hal beruniform. Seperti yang kita sedia maklum, sebut sahaja tentang perihal uniform jururawat, ramai pihak yang mengkritik bahawa uniformnya mengikut bentuk badan malah berlengan pendek sehingga atas siku. 

       Menurut pengurusan kejururawatan, berlengan panjang akan menghalang seseorang itu daripada mencuci tangan dengan sempurna malah akan membawa jangkitan pulang ke rumah. Tidak logik! Mungkin itu yang terlintas dalam fikiran kita, namun saya tidak menyalahkan pihak pengurusan. Hal ini kerana mereka mungkin tidak faham akan tuntutan menutup aurat dalam Islam dan tiada pihak yang cuba untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara itu. Oleh itu, wajar sekiranya mereka bertindak sedemikian. Tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa perlunya memasukkan tudung kedalam baju? Tudung yang tidak dimasukkan ke dalam uniform akan memberikan sedikit kesulitan ketika menjalankan tugas jika tudung itu asyik terbang-terbang ke sana ke sini dan terhuyung-hayang ketika melakukan prosedur seperti mencuci luka (“dressing”). Namun, sesetengah hospital tidak menghalang jururawatnya daripada berlengan panjang malah menggalakkan supaya melonggarkan uniform jururawat. Contohnya, Hospital Islam Az-Zahra (HIAZ) Bangi.


        Selain itu, cabaran yang juga dianggap hebat bagi seorang jururawat muslimah untuk menguruskan adalah dalam hal masa. Masa di sini adalah masa solat. Dalam profesion jururawat di Malaysia, kita semua sedia maklum bahawa jururawat mempunyai tiga putaran waktu kerja atau sistem shif setiap hari mengikut jadual masing-masing. Setiap jururawat perlu bertugas mengikut masa (shift). Shif pagi (7 pagi-2 petang), petang (2 petang-9 malam) dan malam (9 malam-7 pagi).  Kebiasaannya, jika shif pagi kita jarang mempunyai masalah untuk solat subuh kerana secara automatiknya kita dapat melaksanakan solat subuh pada awal waktu. Namun, sedikit kesukaran untuk menjaga waktu Zohor dan solat sunat dhuha. Fokus utama adalah perlunya MUJAHADAH seorang jururawat untuk menjaga waktu solatnya. Namun yang sering menjadi masalah ialah ketika shif petang. Terdapat dua waktu solat di antara shif petang iaitu asar (lebih kurang pada jam 4.30 petang) dan maghrib (lebih kurang pada jam 7.30 petang).  dan yang terakhir sekali apabila bekerja pada waktu malam, susahnya untuk menjaga solat isyak dan tahajud di sepertiga malam.

      Selain itu, keadaan ward yang terlalu sibuk juga menyebabkan jururawat tidak berpeluang untuk mengerjakan solat. Ada masanya, jururawat terlalu leka memberikan khidmatnya kepada para pesakit sehingga terlewat melaksanakan tugas kita sebagai hamba ALLAH. Kadang kala, kita lebih risau dan bimbang akan hal-hal yang terjadi di sekitar wad sehingga terlupa bahawa kita perlu meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada ALLAH Yang Maha Besar. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika tiba waktu solat, setiap jururawat perlu mengambil giliran untuk melaksanakan solat. 

      Sesibuk mana pun kita, sesungguhnya Nabi Sulaiman A.s adalah manusia yang paling sibuk. Dia mentadbir alam ini secara keseluruhannya. Jin, angin dan haiwan juga tunduk kepada kekuasaanya. Tetapi Nabi Sulaiman A.s masih punya masa untuk menyembah ALLAH SWT, apatah lagi berbanding dengan kesibukan kita yang hanya sedikit ini. 

       Tambahan itu, seorang jururawat memerlukan kesabaran yang tinggi ketika berhadapan dengan perangai pesakit yang pelbagai ragam. Ada ketika seorang jururawat itu tersenyum manis namun dalam dirinya menghadapi masalah yang terselindung disebalik senyumannya.


Bila diuji, bersabarlah.. Senyumlah..sesungguhnya hidup ini penuh dengan kejutan.


Janganlah berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.



Begitupun, kita sebagai jururawat haruslah bersabar kerana semua ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi apabila kita memilih profesion ini.